suria

Parkir di tempat salah, pemilik rumah beri notis dengan ‘ukiran’ di badan kereta

Kereta wanita ini menjadi mangsa vandalisme.

SEORANG wanita naik minyak apabila jiran mencalarkan kereta teman lelakinya untuk membuat tulisan notis "no parking".

Wanita bernama Mollie itu meninggalkan keretanya di ruang parkir di luar apartment pasangannya di Canberra, Australia.

Namun begitu, apabila dia pulang semula ke keretanya pada pukul 7 petang, dia mendapati keretanya telah dirosakkan.

Walaupun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi slot parkir itu dipercayai merupakan 'milik' seorang penghuni apartment itu.

"Kalau betul saya letak kereta di situ terlampau lama atau di tempat yang salah, saya tak percaya ia memberikan justifikasi untuk kereta saya dicalarkan sebegitu," kata Mollie.

Menurut Mollie, dia sudah meletakkan kenderaannya di situ selama lima sehingga enam bulan tanpa ada apa-apa isu.

Ini adalah kali pertama dia telah diberikan amaran yang sangat keras. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Vandalisme, kereta, parkir, rosak

Artikel Lain