suria

Wanita kena tipu, beri pegawai tentera RM400,000 selepas diberitahu “saya cinta kamu”

Wanita yang menjadi mangsa penipuan atas talian.

HELAH lelaki berhidung belang selalu meninggalkan wanita dalam kekecewaan.

Sharon Bulmer sudah berada dalam hubungan bersama teman lelaki atas talian selama dua tahun sebelum dia menyedari lelaki yang menggelarkan dirinya seorang pegawai tentera itu adalah penipu.

Ia bermula pada bulai Mei tahun 2020 apabila seorang lelaki segak bernama Murphy Towsend dari Amerika Syarikat mula mengenali Sharon di alam maya melalui Facebook.

"Murphy mengatakan dia berasa keseorangan dan sedang berkhidmat dalam Kumpulan Tentera Darat Ke-37 di sebuah pangkalan tentera di Raqqa, Afghanistan.

"Dia beritahy saya dia berumur 56 tahun dan isterinya telah meninggal dunia dan dia menginginkan seseorang untuk bercakap.

"Murphy adalah seorang yang sangat penyayang dan sifat baiknya itu membuatkan saya tidak terfikir apa-apa yang buruk.

'Dia membuatkan saya rasa dicintai dan dikasihi," kata Sharon yang merupakan seorang ibu kepada dua orang anak.

Tidak selama selepas itu, Murphy mula meminta duit dari Sharon dengan alasan untuk menampung kos perubatan dan penerbangannya sebagai seorang pegawai tentera.

Sharon terus memberikan Murphy apa yang dimintanya tanpa berfikir panjang kerana sudah dibutakan dengan cinta.

Beberapa tahun kemudian, selepas wang Sharon kering 'dihisap', Murphy menghilangkan diri dan lesap dari hubungan itu.

Sharon mula menyedari dia telah ditipu, dia dianggarkan telah kerugian sebanyak 80 ribu pound (RM400,000) kepada Murphy. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Cinta, ditipu, atas talian, lelaki, wanita

Artikel Lain