suria

Ahli politik sanggup tinggalkan anak, isteri... Pindah rumah baharu bersama pelakon porno

Reinhold berpindah ke sebuah kediaman baharu bersama kekasihnya.

AHLI politik Jerman, Hagen Reinhold mencetuskan kontroversi gara-gara bercinta dengan bekas pelakon porno, Annina Semmelhaack.

Reinhold, 44, merupakan ahli Parti Demokratik Bebas (FDP) yang bergelar ahli Parlimen sejak tahun 2017.

Cinta terlarang antara mereka berputik ketika sama-sama mengikuti program parti FDP.

Difahamkan, bekas bintang porno berusia 43 tahun itu sedang berjinak-jinak untuk menyertai bidang politik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat kaya kerja di Singapura, suami B40 rancak ‘pasang’ skandal! Bangga tayang gambar awek dekat kawan

Selepas kisah tersebut terbongkar, Reinhold menjadi bualan ramai, malah dia dituduh sanggup mengabaikan keluarga demi cinta terlarang.

Reinhold kini berpindah ke sebuah kediaman baharu bersama Semmelhaack dan meninggalkan isterinya, Karoline Preisler, 51, seorang ahli politik Jerman yang dinikahinya 16 tahun lalu.

Hasil perkahwinan, Reinhold dan Preisler memiliki tiga orang anak. - News.com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain