suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita mati lemas selepas beli papan dayung untuk main kanu

Wanita lemas di lautan ketika berkanu.

SEORANG wanita menjadi mangsa lemas selepas beberapa jam membeli papan dayung kembung dari Tesco untuk aktiviti sukan air di laut.

Emma Louise Powell, 24, merupakan sebahagian dari kumpulan empat orang yang mahu bermain sukan kanu pada waktu malam di sebuah pantai.

Kejadian menyayat hati itu bermula apabila Emma dan sepupunya, Amber Powell tertangkap di dalam satu ombak yang ganas dan Emma dihempas ke sebuah jeti.

Seorang lagi sepupu Emma, Courtney Powell berkata kejadian itu berlaku dengan sekelip mata.

"Mereka disapu ombak dan terus hilang dari pandangan.

"Kami tak fikir apa yang serius pada waktu itu sebab sebelum tu mereka baru je bergelak tawa," kata Courtney.

Jangkaan tersebut ternyata meleset apabila detik riang tersebut terus bertukar cemas.

"Tolong! Emma jatuh dalam air, dia terperangkap, saya tak nampak dia.

Ketua pasukan penyelamat, David Jones mengatakan arus pada hari kejadian adalah sangat kuat dan sememangnya akan menjadi cabaran untuk sesiapa berenang melawannya.

Emma diisytihar meninggal dunia di Ysbyty Gwynedd, Wales pada pukul 12:35 tengah malam waktu tempatan pada Julai 15. The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Kanu, sukan air, lemas, tragedi

Artikel Lain