suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita mabuk didakwa lakukan serangan seksual ke atas transgender, sentuh kemaluan mahu sahkan jantina

Karen Waldron disabitkan kesalahan serangan seksual.

SEORANG wanita mabuk didapati melakukan serangan seksual terhadap seorang lelaki transger gara-gara mengesahkan jantina sebenarnya.

Wanita berkenaan diarahkan untuk membayar pampasan £300 (RM1,614) kepadanya selepas disabitkan dengan kesalahan itu.

Menurut pendengaran mahkamah, Karen Waldron, 53, dari Matson Avenue, Gloucester, United Kingdom dikatakan berbuat demikian untuk mengesahkan mangsa sebagai lelaki.

Kejadian berlaku di sebuah bar di Cheltenham, Gloucester, pada 6 Februari tahun ini.

Dalam kejadian itu, tertuduh didapati menyentuh kemaluan mangsa.

Namun, dia menegaskan bahawa hanya 'mengawasi' rakan yang terdedah kepada lelaki transgender yang keluar bersama rakannya itu.

Waldron mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan serangan seksual.

Dia bagaimanapun disabitkan kesalahan oleh majistret di Cirencester, Gloucestershire. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain