suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Scammer’ tipu wanita... Menyamar jadi angkasawan, minta wang lebih RM100,000 kerana gagal mendarat di bumi

Mangsa membayar sejumlah wang selepas diperdaya scammer berkenaan. Foto: Getty.

SEORANG wanita ditipu selepas seorang lelaki yang berpura-pura menjadi angkasawan Rusia meyakinkannya untuk membayar sejumlah wang selepas mereka menjalin hubungan cinta.

Scammer tersebut berkenalan dengan wanita Jepun berusia 65 tahun itu menerusi Instagram pada bulan Jun dan terus memikatnya untuk menjadi kekasih hati.

Malah, angkasawan palsu itu turut berjanji untuk mengahwininya tidak lama lagi.

Salah satu penipuannya, lelaki itu mendakwa dia terperangkap di angkasa dan memerlukan sejumlah wang untuk mendarat kembali ke bumi.

Angkasawan palsu itu mendakwa berpangkalan di Stesen Angkasa Antarabangsa dan turut berkongsi gambar suasana di angkasa lepas menerusi Instagram untuk memperdaya mangsa.

Kata lelaki itu, dia perlu membayar yuran pendaratan yang mahal serta perlu membayar kos roket untuk membawanya pulang ke bumi.

Terpedaya dengan helah lelaki itu, mangsa membayar bakal tunangnya kira-kira £27,000 (RM138,483) dalam lima ansuran bermula 19 Ogos hingga 5 September.

Bagaimanapun, ketika lelaki itu terus menuntut lebih banyak wang tunai, mangsa mula curiga dan melaporkannya kepada polis yang kini menyiasat kes itu sebagai "penipuan percintaan". - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia