suria

Kelibat ‘pocong’ resahkan pengguna jalan raya, polis buat ‘tangkapan’

Polis melepaskan 'pocong' yang digantung di jalan. foto Polisi mengamankan boneka pocong yang digantung di jalan. foto contributor Bandung Barat dan Cimahi, Bagus Puji Panuntun)

KEMUNCULAN 'pocong' di jalanan ternyata meresahkan pengguna jalan raya, terutama pada waktu malam.

Difahamkan, pocong tersebut akan muncul di sebalik pokok-pokok buluh di pinggir jalan.

Kejadian berlaku di Jalan Kolonel Masturi di Kampung Jambudipa di Cisarua di Jawa Barat, Indonesia.

Hasil pemeriksaan mendapati rupa-rupanya pocong tersebut merupakan patung yang diperbuat daripada karung, mengandungi kadbod dan diikat dengan tali.

Susulan itu, anggota polis dari Polis Sat Sabhara Cimahi melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

"Ada patung menyerupai pocong didakwa sengaja digantung pada tiang," kata Ketua AKP Sabhara, Dudy Iskandar ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Cimahi, pada Rabu.

"Lokasi 'pocong' dibuat di tempat gelap," tambah Dudy,

Menurut beliau, kehadiran 'pocong' tersebut boleh mengakibatkan kemalangan serta kegiatan jenayah di kawasan itu.

Tambah beliau, polis masih menyiasat motif pelaku memasang patung 'pocong' di tempat gelap sehingga menakutkan penduduk.

"Kita sudah periksa dengan penduduk setempat, mereka tidak tahu siapa yang pasang. Kita masih menyiasat motifnya," katanya. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain