suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita diheret, dirogol 3 lelaki di taman sebelum dibakar hidup-hidup

Seorang wanita dirogol oleh tiga lelaki sebelum dibakar hidup-hidup.

SEORANG wanita diserang oleh tiga lelaki sebelum dirogol dan dibakar hidup-hidup.

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat malam lalu (7 Oktober) di Afrika Selatan, mangsa diheret ke sebuah taman sebelum diperkosa.

Menurut laporan, mangsa berusia 34 tahun yang dirogol kemudian disimbah dengan parafin sebelum dinyalakan api.

Pihak berkuasa menyifatkan insiden tersebut sebagai 'jenayah kebencian'.

Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan melecur teruk oleh jiran-jiran, sebelum dikejarkan ke hospital pada 9 Oktober.

Polis mengesahkan mangsa meninggal dunia dan pelaku dalam serangan seksual itu diburu.

Dilaporkan, wanita yang tinggal berdekatan lokasi kejadian kini hidup dalam ketakutan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia