suria

Penumpang fikir akan mati! Kecoh gaduh dalam penerbangan, pesawat tiba-tiba terbang rendah

Tangkap layar video kekecohan yang berlaku dalam pesawat. foto 9news

PENUMPANG sebuah penerbangan menggambarkan mereka akan mati selepas berlaku pergaduhan yang menakutkan dalam pesawat.

Satu rakaman menunjukkan dua lelaki bertumbuk antara satu sama lain ketika beberapa penumpang cuba meleraikan mereka dalam penerbangan dari Melbourne ke Brisbane, Australia.

Kejadian berlaku pada Selasa, hanya 24 minit selepas pesawat itu di udara.

Kekecohan itu menyebabkan juruterbang terpaksa melencongkan pesawat dan berpatah balik untuk mendarat dengan selamat.

Seorang penumpang menyifatkan pergaduhan tersebut sebagai 'sangat menakutkan' dan merasakan mereka semua 'akan mati'.

Malah, penumpang turut memberitahu bahawa pesawat secara tiba-tiba 'menurun' tanpa amaran ketika juruterbang melakukan pendaratan cemas.

Pasukan polis menunggu sebaik pesawat itu kembali ke lapangan terbang Melbourne dan kedua-dua lelaki berkenaan dikeluarkan dari pesawat.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat dan pesawat tersebut meneruskan penerbangan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain