suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serang lelaki sampai patah pinggul, sekumpulan ayam belanda dijatuhi hukuman mati

Mangsa cedera parah akibat diserang sekumpulan ayam belanda. Foto: Getty.

SEORANG lelaki cedera parah apabila dia patah pinggul dalam kejadian serangan ganas melibatkan sekumpulan ayam belanda.

Kejadian itu berlaku pada Julai lalu di sebuah rumah di Celista, wilayah British Columbia di Kanada.

Lelaki itu sempat diberi rawatan perubatan sebelum petugas bantuan Chase RCMP (Royal Canadian Mounted Police) dipanggil ke lokasi kejadian.

Ketika tiba di alamat itu, polis dimaklumkan dia diserang oleh sekumpulan ayam belanda dan seekor ayam jantan sehingga cedera parah.

Selain patah pinggu, mangsa turut patah jari dan mengalami beberapa luka pada badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja zoo parah tangan digigit harimau, alami komplikasi sebelum maut akibat serangan jantung

Susulan kejadian itu, polis turut mengumumkan keputusan yang agak mengejutkan ramai.

Menurut Sarjan Barry Kennedy, haiwan berkenaan dijadualkan untuk dijatuhi "hukuman mati atas jenayah mereka".

Untuk rekod, kejadian serangan haiwan ke atas manusia bukanlah satu perkara yang asing.

Sebelum ini, seorang bayi berusia lima bulan dan kakaknya yang berusia dua tahun dari Shelby County, Tennessee, Amerika Syarikat turut diserang anjing peliharaan keluarga mereka. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain