suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita bayar hampir RM50,000 untuk pembedahan belah lidah, siap kongsi mesej sembah syaitan

Dez Firefly membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk melakukan prosedur itu.

TRANSFORMASI yang dibuat oleh seorang wanita ternyata mengejutkan ramai.

Dez Firefly, 28, membelanjakan wang berjumlah £8,790 (RM46,243) untuk melakukan prosedur bagi membelah lidahnya kepada dua bahagian sehingga ia kelihatan seperti bercabang.

Lebih mengejutkan, dia turut berkongsi mesej 'sembah syaitan' menerusi media sosial miliknya.

Untuk rekod, ia bukanlah prosedur pertama yang dilakukan wanita dari Pasadena, Amerika Syarikat (AS) itu.

Sebelum ini, dia juga pernah mencacah beberapa tatu pada bahagian tubuhnya,

"Setakat ini, saya tiada perancangan untuk ubah tubuh lagi, mungkin akan ada pada masa akan datang tapi saya tak pasti, ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga mahu memberi kesedaran serta mesej kepada orang ramai agar tidak berpandangan sinis terhadap individu sepertinya.

"Setiap orang akan buat sesuatu yang menggembirakan mereka. Pendapat orang lain tidak penting," ujarnya lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain