suria

Lelaki nyaris hilang zakar selepas gagal keluarkan cincin besi... Kononnya pakai sebab nak besarkan kemaluan

Pihak hospital terpaksa memanggil bomba untuk mengeluarkan cincin besi yang melekat pada zakar mangsa.Foto: Viral Press.

LAIN yang diharap, lain yang berlaku.

Begitulah kisahnya mengenai seorang lelaki dari Thailand yang memakai cincin besi pada pangkal zakarnya.

Difahamkan, cincin besi itu dipakai sejak empat bulan lalu dalam usaha untuk membesarkan zakarnya.

Tindakan itu bagaimanapun membawa kesan buruk apabila dia mengalami kesakitan melampau pada bahagian kemaluan.

Tidak dapat menahan kesakitan, dia akhirnya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital untuk membuang cincin berkenaan.

Doktor di Hospital Besar Krungthai tidak dapat membantunya dan terpaksa memanggil anggota bomba tempatan untuk meneruskan prosedur berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cincin melekat pada alat sulit, lelaki Rohingya terpaksa tahan malu ketika dibantu bomba

Petugas kecemasan terpaksa menggunakan alat pemotong dan mengambil masa sejam untuk mengeluarkan cincin yang tersangkut pada kemaluannya.

Menurut doktor, ia berjaya dikeluarkan tepat pada masanya.

Sekiranya tersangkut lebih lama, zakar mangsa mungkin terpaksa dipotong, ujar doktor lagi.

"Lelaki itu berkata dia telah memakai cincin besi pada kemaluannya selama empat bulan.

"Dia berharap ia akan membesarkan zakarnya tetapi ia menjadi radang kerana darah tidak dapat mengalir seperti biasa.

"Cincin itu dikeluarkan dengan berhati-hati kerana jika kami salah, ia boleh memotong dan mencederakannya. Keseluruhan proses mengambil masa lebih daripada satu jam," ujar Somchai Chokchai yang terlibat dalam prosedur itu. - Metro News.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain