suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kubur terjejas akibat tanah runtuh, jenazah nyaris hanyut

Tanah runtuh di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga akibat hujan lebat.

SEBANYAK 25 kubur terjejas akibat tanah runtuh dalam kejadian hujan lebat di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga, Kota Bandung.

Kejadian yang berlaku pada Selasa lalu dirakam seorang penduduk dan dimuat naik ke platform media sosial.

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan kain kafan terjulur keluar dari kubur yang berada di kawasan tebing dengan jenazah hampir dihanyutkan.

Ketua Unit Pelaksana Teknikal (UPT) Tanah Perkuburan Wilayah 3 Kota Bandung, Saeful Iman berkata, benteng penahan TPU di kawasan itu runtuh menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut.

Tambahnya, daripada 25 kubur yang terjejas, 10 kubur mengalami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.

"Dari tujuh makam itu, ia terdiri daripada lima makam kanak-kanak dan dua makam dewasa," ujarnya.

Saeful berkata pihaknya akan menghubungi waris yang terlibat untuk urusan pemindahan jenazah. - CNN Indonesia

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain