suria

Cekik kekasih sampai mati selepas rogol, mayat remaja perempuan ditanam di belakang rumah

Polres Temanggung, Jawa Tengah, memberikan keterangan berhubung kes pembunuhan seorang gadis. foto KOMPAS.COM/IKA FITRIANA

MAYAT seorang gadis ditemukan ditanam di perkarangan sebuah rumah, pada Jumaat lalu.

Mangsa berusia 17 tahun itu dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak 20 September.

Mayat mangsa ditemui di Kampung Campurejo di Tretep di Temanggung, Jawa Tengah di Indonesia.

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian, mendapati tangan mangsa diikat dengan kain, dan badannya menghadap ke bawah.

Mangsa yang masih di bawah umur juga ditemui dalam keadaan separuh bogel.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunuh kekasih, makan otak untuk dapat ilham tulis puisi

Ketua polis Temanggung, AKBP Agus Puryadi berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dibunuh oleh kekasihnya di sebuh rumah berdekatan dengan lokasi kejadian.

"Kain cadar (suspek) diambil dari rumah kosong iaitu rumah datuk suspek digunakan untuk menutup mangsa dan ditanam di belakang rumah.

"Kita menerima maklumat daripada penduduk bahawa terdapat tubuh manusia tertanam di belakang sebuah rumah," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Agus berkata, hasil siasatan mendapati suspek nekad membunuh mangsa kerana tidak mahu bertanggungjawab selepas melakukan hubungan intim.

"Kejadian bermula pada 20 September apabila suspek membawa mangsa ke rumah, berbual sambil meminum sejenis arak sebelum suspek merogol mangsa," katanya.

Kemudian berlaku pertengkaran selepas mangsa berasa ragu-ragu dengan suspek untuk bertanggungjawab sekiranya hamil.

Tambah beliau, suspek bertindak mencekik mangsa sehingga tidak bernyawa sebelum menanamnya di belakang rumah.

"Laporan kehilangan mangsa membuatkan suspek takut lalu bertindak menjual telefon bimbit milik mangsa," katanya.

Menurut Agus, suspek berdepan dengan pertuduhan yang boleh membawa hukuman penjara 15 tahun. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain