suria

Dituduh curi barang kurang dari RM5, kemaluan lelaki digigit sebelum dibelasah beramai-ramai

Seorang lelaki bertindak menggigit kemaluan seorang pencuri di hadapan orang ramai.

KEMALUAN seorang lelaki yang didakwa mencuri, digigit oleh seorang lelaki lain di hadapan orang ramai.

Kejadian berlaku di Semenanjung Bakassi, Nigeria.

Tindakan mengigit kemaluan itu dikatakan mengikut 'Jungle Justice' - satu bentuk pembunuhan di luar undang-undang awam di mana seorang yang didakwa sebagai penjenayah akan dipukul, direjam, dihina secara terbuka.

Malah dalam kebanyakan kes, si penjenayah akan dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan yang marah dengan kejadian yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri gigit zakar suami selepas syak curang

Menurut laporan dalam talian, lelaki berkenaan didakwa mencuri sesuatu yang bernilai 'kurang daripada satu dolar' (RM4.60).

Menerusi satu klip video yang merakamkan kekecohan itu, salah seorang daripada orang ramai bertindak menggigit alat sulit pencuri.

Sementara itu, mereka yang lain kemudian memukul si pencuri sehingga tidak berdaya di atas lantai.

"Inilah sebabnya kita harus mengharamkan 'undang-undang hutan'. Kerana mencuri sesuatu yang kurang daripada satu dolar, zakarnya digigit," tulis seorang pengguna di laman Twitter. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain