suria

Asyik menari ketika majlis hari jadi, tujuh wanita terjerlus dalam lubang mendap

Kesemua tujuh wanita berkenaan terjerlus ke dalam lubang mendap di halaman sebuah rumah.

MALANG tak berbau!

Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan situasi di mana tujuh wanita yang sedang rancak menari, tiba-tiba terjatuh ke dalam lubang gara-gara tanah mendap.

Difahamkan ketika kejadian, mereka sedang menari di halaman belakang sebuah rumah di bandar Alagoinhas, timur laut Brazil, sewaktu satu majlis sambutan hari jadi.

Ketujuh-tujuh wanita itu membentuk bulatan kecil dengan tangan dilingkarkan antara satu sama lain ketika mereka menari mengikut rentak lagu.

Tidak semena-mena, turapan konkrit tiba-tiba retak dan menyebabkan mereka terjerlus ke dalam lubang.

Gabriela Carvalho, 38, memberitahu saluran berita Brazil, G1, bahawa mereka merasakan tanah bergegar tetapi tidak terlalu mempedulikannya dan terus menari.

Bagaimanapun kesemuanya bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam insiden itu. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain