suria

Pukul rakan ketika main Mobile Legends, pelajar dipenjara 10 bulan

Gambar hiasan. Foto: Thinkstock

PERTELINGKAHAN antara dua rakan semasa bermain permainan Mobile Legends berakhir di tirai besi.

Seorang pelajar sekolah menengah vokasional di Surabaya, Indonesia dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana memukul rakan sepermainannya.

Tuntutan ini disampaikan Pendakwa Raya (JPU) Anang Arya Sukma Dinata pada perbicaraan dua minggu lalu di Mahkamah Daerah Surabaya.

Berdasarkan tuntutan tersebut, peguambela defendan berharap agar hakim memberikan hukuman yang ringan kepada anak guamnya kerana defendan masih bergelar pelajar.

“Kami sampaikan minta diringankan hukuman, kalau boleh ‘restorative justice’ dalam perkara ini, sebab suspek masih pelajar vokasional,” kata Mochammad Purwanto, peguam yang mewakili tertuduh.

Permintaan itu, katanya, telah dikemukakan kepada panel hakim di Mahkamah Daerah Surabaya pada perbicaraan dengan agenda mempertahankan tuntutan pendakwa raya pada Khamis minggu lalu.

Permintaannya itu bukan tanpa sebab, selain defendan telah memohon maaf kepada mangsa dan mengaku bersalah, dan ibu bapa defendan juga telah membuat kenyataan mahu bertanggungjawab.

“Defendan turut memberikan 2 juta rupiah (RM606) sebagai pampasan dan satu bentuk akauntabiliti terhadap apa yang dilakukan,” jelasnya.

Kekecohan antara kedua-duanya semasa bermain Mobile Legend berlaku pada April lalu, berpunca salah seorang tidak ‘supportive’ dan mengingkari sekatan yang dipersetujui dalam permainan.

Pergaduhan berlaku menyebab tertuduh beremosi lalu memukul rakannya di kepala dengan pam udara.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan tangan kemudian melaporkan mengenai tindakan rakannya kepada pihak polis. - KOMPASS

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain