suria

Rahsia tubuh badan sihat... wanita dakwa tak jamah makanan lebih 40 tahun, hanya amal diet air

Ngon mengamalkan diet air sejak 41 tahun lalu untuk kekal sihat.

SEORANG wanita dari Vietnam mendakwa dia tidak pernah menjamah makanan selama lebih 40 tahun dan hanya bertahan dengan mengamalkan diet air.

Wanita berusia 63 tahun yang hanya dikenali sebagai Ngon itu memberitahu, sejak 41 tahun lalu, dia hanya menikmati air yang dicampur sedikit dengan garam, gula dan perahan lemon sebagai rutin makanan hariannya.

Wanita itu kelihatan sihat dan seperti tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius, malah mampu melakukan beberapa posisi senaman yoga yang sukar.

Ngon berkata dia sebelum ini menikmati makanan ruji seperti nasi dan makanan lain, sehinggalah ketika berusia 21 tahun, dia berdepan dengan masalah kesihatan.

Ketika itu dia mengalami masalah penglihatan yang semakin kabur, sering sakit perut dan muntah hampir setiap hari.

Keputusan makmal menunjukkan dia mengalami penyakit berkaitan darah.

Selepas megambil ubat, Ngon berkata dia tidak melihat sebarang peningkatan yang ketara pada kesihatannya, lantas dia memutuskan untuk berhenti mengamalkan pengambilan ubat.

Ketika itulah seorang doktor didakwa menasihatinya untuk mula meminum air yang dicampur dengan sedikit garam dan gula serta berhenti makan makanan pejal.

Sejak mengamalkan diet air, kesihatan Ngon semakin baik namun dia mengakui ada kalanya berasa bosan dengan rutin sama setiap hari. - Odditycentral

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain