suria

Doktor keluarkan 62 sudu besi dari perut, rupanya dah setahun lelaki ini ada tabiat aneh

Doktor mengeluarkan 62 batang sudu besi dari perut Vijay.

SEBANYAK 62 batang sudu besi dilaporkan dikeluarkan dari perut seorang lelaki di daerah Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, India.

Menurut media tempatan, lelaki bernama Vijay dan berusia 32 tahun yang tinggal di kampung Bopada, dimasukkan ke hospital di Muzaffarnagar selepas mengadu sakit teruk di perutnya.

Apabila doktor membuat pemeriksaan, mereka terkejut apabila mendapati terdapat objek aneh di dalam perutnya.

Doktor kemudian memaklumkan kepada keluarga Vijay bahawa mereka perlu segera membuat pembedahan.

Menerusi pembedahan yang berlangsung selama lebih kurang dua jam itu, sebanyak 62 sudu besi dikeluarkan daripada perut lelaki tersebut.

"Operasi berlangsung selama lebih kurang dua jam. Pesakit kini berada di unit rawatan rapi. Apabila ditanya sama ada dia memakan sudu berkenaan, pesakit mengakuinya. Pesakit telah makan sudu selama setahun," kata Dr Rakesh Khurrana kepada media tempatan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain