suria

Lahir dengan dua muka, diramal tak hidup lama... remaja ini mengejutkan doktor apabila rai ulang tahun ke-18

Tres Johnson pernah diramal tidak akan hidup lama.

SEORANG remaja lelaki yang dilahirkan dengan mempunyai dua muka mengejutkan dunia perubatan apabila meraikan ulang tahunnya yang ke-18.

Pakar perubatan sebelum ini meramalkan Tres Johnson tidak akan hidup lama.

Tres dari Missouri, Amerika Syarikat, mengalami sindrom yang dikenali sebagai craniofacial duplication yang disebabkan oleh gen 'Sonic the Hedgehog' (SHH).

Ia mencacatkan pertumbuhan tengkorak manusia, memberikan penghidapnya jangka hayat hanya sepuluh tahun.

Keadaan ini sangat jarang berlaku di mana sekitar 36 orang di seluruh dunia terjejas oleh gen tersebut.

Tres dilahirkan juga dilahirkan dengan keadaan yang sumbing, malah lebih serius, dia pernah mengalami sehingga 400 kali sawan dalam sehari selain masalah kognitif.

"Seorang (doktor) menawarkan kami 'pembedahan keajaiban' untuk menjadikan dia kelihatan normal.

"Tetapi saya tidak kisah tentang penampilannya, yang penting dia masih hidup dan selesa," kata ibu Tres, Brandy. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain