suria

Nenek seronok bercinta dengan lelaki muda, akui masih bernafsu pada umur 83 tahun

Pasangan ini mula bercinta sejak tahun 2019.

CINTA tak mengenal usia.

Begitulah kisahnya mengenai Iris Jones, 83, yang bercinta dengan Mohamed Ahmed Ibriham, 37, sejak tiga tahun lalu.

Menurut warga emas itu, dia bahagia bercinta dengan lelaki muda dan tidak pernah melihat faktor usia sebagai penghalang untuk meneruskan hubungan mereka.

Dia berkongsi hal itu menerusi program televisyen This Morning, baru-baru ini.

Dalam siaran itu, Iris Jones turut bercerita perihal peribadinya dengan lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta tak kenal usia! Nenek berpacaran dengan lelaki 45 tahun lebih muda, luah rindu kerana terpisah gara-gara Covid-19

"Dia buat saya rasa muda. Saya juga tak sangka bahawa saya dapat menikmati hubungan intim pada usia 83 tahun," ujarnya.

Kemunculan wanita itu yang tidak segan silu bercerita mengenai kehidupan peribadinya turut mengejutkan pengacara program berkenaan iaitu Phillip Schofield dan Holly Willoughby.

Untuk rekod, pasangan itu berkenalan menerusi laman Facebook pada tahun 2019 dan masih bersama sehingga ke hari ini. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain