suria

Remaja maut terjatuh, permainan setinggi 131 meter ditutup

Orlando FreeFall dibuka hanya beberapa bulan sebelum tragedi yang menimpa Tyre. foto Willie J. Allen Jr./Orlando Sentinel/Tribune News Service/Getty Images

SEORANG remaja lelaki maut selepas terjatuh dari sebuah permainan di taman hiburan di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Susulan itu, permainan tersebut akan dihentikan operasi, kata pengendalinya pada Khamis.

Ia beroperasi hanya beberapa bulan sebelum tragedi yang menimpa Tyre.

Operator tersebut dalam satu kenyataan berkata, keputusan untuk menutup menara Orlando FreeFall setinggi 430 kaki dan permainan di ICON Park di luar Orlando dibuat kerana kematian Tyre Sampson pada 24 Mac lalu.

Keluarga Tyre menggesa supaya permainan itu ditutup, selain memfailkan saman terhadap beberapa entiti termasuk taman itu, operator permainan dan pembekal permainan berikutan kematian tersebut.

Sementara itu, menerusi kenyataan dalam talian, pegawai bersama operator permainan berkenaan, Orlando Slingshot berkata, kematian Tyre amat dikesali.

ARTIKEL BERKAITAN: Permainan di tapak pesta terhempas, 16 termasuk kanak-kanak dikejar ke hospital

Menerusi kenyataan berasingn, ICON Park memberitahu, ia menyokong keputusan untuk menutup permainan itu.

Ketika kejadian, Tyre dari St Louis sedang bercuti sempena musim bunga dan menaiki permainan Orlando FreeFall.

Permainan itu memberi pengalaman kepada pengunjung merasai jatuh hampir 400 kaki pada kelajuan lebih 75 meter sejam.

Dilaporkan bahawa Tyre terjatuh dari tempat duduknya, kira-kira lima saat selepas permainan itu bermula.

Menurut siasatah awal, Tyre tergelincir dari tempat duduknya kerana 'ikatan' padanya tidak dipasang dengan betul.

Bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat trauma tumpul.- CNN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain