suria

Lumur darah haid pada wajah, ramai nak muntah selepas tahu rahsia kecantikan gadis ini

Derya menggunakan darah haid sebagai amalan kecantikannya.

KEBANYAKAN wanita mempunyai petua kecantikan tersendiri yang menjadi amalan harian mereka.

Selain pemakanan yang sihat, ada dalam kalangan wanita yang menggunakan bahan-bahan tertentu dalam mengekalkan kecantikan wajah.

Terbaharu, seorang gadis meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi amalan kecantikannya yang dianggap pelik dan tak masuk akal.

Menurut Derya, 23, dia akan menyapu darah haid pada bahagian wajah untuk mengekalkan keremajaan kulitnya.

"Ya, inilah isyarat untuk anda, pergi lakukannya sekarang," ujar Derya menerusi video di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengakuan ‘menjijikkan’! Wanita dedah amalan aneh, hirup darah haid untuk lebih sihat

Rata-rata pelayar TikTok menyuarakan rasa terkejut apabila gadis itu berkongsi amalannya yang menggunakan darah haid yang dikeringkan pada wajah.

Netizen turut bertanya sekiranya Derya berasa selesa dengan bau darah yang dilumurkan pada wajahnya.

"Baunya. Macam mana kamu boleh tahan bau darah itu?" soal seorang individu.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut mengecam Derya dan menyifatkan petua itu sebagai perkara yang menjijikkan.

"Saya adalah gadis yang melumurkan darah haid pada wajah. Ia merupakan darah saya, ia bagus untuk kulit saya. Anda lihatlah sendiri.

"Kaedah ini telah digunakan sejak berjuta tahun," ujar Derya mempertahankan dirinya selepas dia dikecam netizen. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain