suria

Permainan di tapak pesta terhempas, 16 termasuk kanak-kanak dikejar ke hospital

Permainan terhempas di sebuah tapak pesta di India. foto Twitter @NikhilCh_

MENGERIKAN! Permainan di sebuah tapak pesta gagal berfungsi menyebabkan ia terhempas ke tanah dari aras tinggi.

Sekurang-kurangnya seramai 16 orang, termasuk kanak-kanak cedera dan dimasukkan ke hospital selepas insiden tersebut.

Menurut laporan, kejadian berlaku di tapak pesta di Dussehra di Mohali, India, pada Ahad malam.

Rakaman video menunjukkan bahagian tempat duduk bulat yang berpusing pada sebatang tiang tinggi, secara tiba-tiba terhempas.

ARTIKEL BERKAITAN: Buaian taman tema tercabut, 6 pengunjung terima rawatan di hospital

Polis bergegas ke tapak pesta berkenaan dan menyiasat kejadian.

Menerusi laporan berasingan, kebanyakan mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang dan rahang. - Daily Star

Artikel Lain