suria

Dari London ke Karachi! Dua suspek ditahan curi Bently bernilai RM1.3 juta

Bently yang dicuri dari London.

BENTLY Mulsanne mewah bernilai lebih daripada $300,000 (RM1.34 juta) yang dicuri dari London ditemui semula di Karachi, Pakistan.

Kereta itu ditemui selepas serbuan dilakukan di Karachi pada Sabtu lalu oleh penguatkuasa Kastam (CCE).

Agensi kastam di Karachi mengesahkan bahawa agensi perisikan United Kingdom telah memaklumkan pihak berkuasa Pakistan bahawa kenderaan yang dicuri itu diletakkan di sebuah rumah di kawasan Pihak Berkuasa Perumahan Pertahanan (DHA) Karachi.

"Maklumat yang boleh dipercayai diterima daripada agensi kebangsaan negara terbabit bahawa Bentley Mulsanne berwarna kelabu, V8 automatik, nombor VIN SCBBA63Y7FC001375, nombor enjin CKB304693 telah dicuri dari London dan agensi risikan mereka menunjukkan bahawa kenderaan tersebut sepatutnya diletakkan di 15 -B, South 10th Street, DHA, Karachi," kata pehawai Lembaga Hasil Persekutuan (FBR) dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kereta itu ditemui di tempat letak kereta pangsapuri di DHA Karachi.

Ekoran itu, kedua-dua tertuduh, Jameel Shafi dan Naveed Bilwani ditahan untuk bantu siasatan.

Menurut media tempatan, jabatan eksais dituduh sebagai 'fasilitator' dalam mengelak cukai berjumlah lebih Rs 300 juta (RM16.8 juta) kerana kerajaan wilayah mendaftarkan kenderaan mewah itu, yang nilai taksirannya pada masa import ditunjukkan sebagai Rs 41.43 juta (RM2.32 juta), tanpa kebenaran kementerian luar dan tiada bantahan daripada kastam. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain