suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Feeling' berlakon filem, wanita selamba menari tiang dalam kereta api - "Saya adalah watak utama"

Embla selamba pamer aksi tarian tiang dalam kereta api.

SEPERTI rakaman filem, seorang wanita melakukan aksi menari tiang di dalam kereta api yang sedang bergerak tanpa menghiraukan penumpang yang lain.

Embla Bergli dilihat menghayunkan dirinya di sekeliling tiang walaupun menjadi tatapan orang sekelilingnya.

Malah dia tanpa rasa malu telah memuatnaik rakaman video tersebut di TikTok sehingga mendapat lebih 1,500 tanda suka sejak disiarkan 4 September.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Embla menyatakan hidupnya adalah sebuah filem dan dia adalah watak utama.

Tambahnya tarian tiang yang dipersembahkan adalah seni jalanan.

Perkongsiannya itu bagaimanapun mendapat reaksi positif daripada warganet apabila mereka memujinya atas kemahiran yang dimiliki.

Seorang pengguna menulis: "Ini patut mendapat lebih banyak tanda suka."

Seorang lagi menambah: "Ratu!"

Komentar seumpama itu susulan para penonton terpesona dengan kekuatannya apabila dia berjaya berdiri di atas tiang sambil memakai legging.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain