suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buaian taman tema tercabut, 6 pengunjung terima rawatan di hospital

Permainan buaian gagal berfungsi ketika kejadian. foto Justin Kernoghan/Belfast Live WS

MALANG menimpa sekumpulan kanak-kanak apabila cedera gara-gara salah satu permainan mengalami kerosakan di sebuah taman tema di Ireland.

Buaian kerusi yang dinaiki mereka tiba-tiba gagal berfungsi, sekali gus menyebabkan antara mereka cedera.

Difahamkan, enam individu termasuk empat kanak-kanak dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain itu, lapan lagi individu lain turut cedera ringan.

Menurut laporan, buaian kerusi tersebut tertanggal daripada struktur asal, menyebabkan pengunjung mengalami kecederaan.

Namun, pengunjung yang menaiki permainan itu tidak terhempas ke lantai, sebaliknya terjatuh atas bumbung pintu masuk ke kawasan permainan itu. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain