suria

Prank tak menjadi, lelaki pakai kostum Spider-Man tumbuk pekerja pasar raya

Seorang lelaki berpakaian kostum Spider-Man menumbuk muka seorang pekerja wanita di sebuah pasar raya. foto ca99832245/Twitter

PERGADUHAN berlaku di sebuah pasar raya di United Kingdom menyaksikan seorang lelaki berpakaian kostum Spider-Man menumbuk seorang pekerja premis itu.

Terdapat laporan yang mengatakan kejadian itu merupakan 'prank' atau gurauan yang tidak menjadi.

Kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Clapham Junction, selatan London pada pukul 10.40 malam Khamis waktu tempatan.

Seorang wanita dibawa ke hospital, manakala lima individu ditahan polis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi akaun Twitter @BlackGirlMagic yang membuat perkongsian video itu, insiden huru-hara itu dirakamkan menggunakan telefon bimbit.

Ia menunjukkan seorang lelaki berpakaian seperti Spider-Man kelihatan menjerit dan menendang muka seorang pekerja ke lantai.

Pekerja wanita itu kemudian dijatuhkan ke lantai dan ditumbuk di bahagian muka.

Video itu kemudian menunjukkan beberapa individu bergaduh di lantai.

Seorang jurucakap pasar raya itu berkata, pihaknya menyedari insiden yang berlaku di premis mereka di Clapham Junction, lewat malam Khamis.

"Kami tidak bertolak ansur dengan sebrang bentuk keganasan atau penderaan terhadap rakan setugas atau pekerja, dan kami bekerjasama rapat dengan polis bagi membantu siasatan," katanya. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain