suria

Petugas kesihatan redah hutan, seberangi sungai demi pastikan penduduk kawasan terpencil diberi vaksin Covid-19

Petugas kesihatan terpaksa melalui pelbagai rintangan untuk memberi vaksin kepada penduduk di kawasan terpencil.

MENJELAJAH ke segenap pelusuk, terpaksa menyeberangi sungai dan meredah hutan.

Itulah realiti yang terpaksa dilalui oleh sebilangan petugas kesihatan di India bagi memastikan penduduk yang tinggal di kawasan terpencil di negara itu mendapat vaksin Covid-19.

Menurut pakar kesihatan, sekiranya penularan virus tersebut tidak dapat dikawal di India yang mempunyai sekitar 1.3 bilion penduduk, ia juga tidak dapat dibendung daripada menular ke seluruh dunia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun dalam memastikan penduduk di kawasan terpencil diberi suntikan vaksin Covid-19, ia bukanlah satu tugas yang mudah, lebih-lebih lagi mereka perlu menjamin vaksin berkenaan dapat bertahan.

"Terdapat beberapa tempat yang sangat berbahaya di sini, jadi kami menghadapi banyak cabaran untuk memberikan vaksin.

"Kami merupakan sebahagian daripada kawasan ini, kami anggota masyarakat setempat, sudah menjadi tugas kami untuk menjaga keselamatan semua orang," kata seorang petugas kesihatan, Latgum Singpu. - Mirror.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain