suria

Lamaran tak bersambut... lelaki terpinga-pinga teman wanita ‘lari’, idea romantis bertukar jadi saat paling memalukan

Lelaki tersebut terpinga-pinga apabila 'ditinggalkan' teman wanitanya ketika sedang melutut untuk membuat lamaran.

HASRAT seorang lelaki untuk melamar wanita idamannya tidak menjadi kenyataan apabila lamaran tersebut 'tidak bersambut'.

Lebih memalukan, insiden tersebut disaksikan ribuan penonton yang hadir menyaksikan perlawanan besbol di sebuah stadium di Polar Park, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Terdahulu, lelaki berkenaan dilihat melutut sambil memegang sebuah kotak kecil mengandungi sebentuk cincin dan bersedia mahu membuat lamaran penuh romantis.

Malah, aksinya turut dipaparkan di layar besar stadium berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketika itu penonton mulai bersorak menyaksikan momen romantis tersebut, namun tiba-tiba teman wanita kepada lelaki berkenaan mula menggeleng kepala dan berundur beberapa tapak ke belakang.

Dalam klip video yang kini tular di Instagram, wanita itu kemudian dilihat menuruni platform dan memberitahu orang ramai bahawa dia 'harus pergi', manakala teman lelakinya pula kelihatan terpinga-pinga.

Klip video berkenaan sehingga kini meraih lebih 118,000 jumlah tontonan sejak dimuat naik beberapa hari lalu. - Mirror.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain