suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 12 tahun maut didera ibu tiri, bapa kandung... diikat pakai rantai anjing elektrik, terpaksa makan rambut sendiri

Foto kiri Eduardo Posso dibiarkan mati kebuluran, foto kanan Dayana dihukum penjara. foto 7 News

SEORANG ibu tiri bertindak kejam dengan membiarkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mati kebuluran selepas mengikatnya dengan rantai anjing elektrik.

Wanita berusia 27 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara selama 65 tahun.

Dayana Medina-Flores menerima hukuman maksimum itu setelah mengaku bersalah atas pembunuhan yang mengerikan itu.

Tertuduh membiarkan mangsa, Eduardo Posso sendirian di sebuah bilik mandi di sebuah motel di Bloomington, Indiana, Amerika Syarikat, selama berminggu-minggu.

Menurut laporan wbiw, tertuduh bersubahat dengan bapa kandung kanak-kanak itu, Luis Eduardo Posso, 34, untuk menganiaya mangsa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dokumen mahkamah menunjukkan terdapat serat rambut dalam badan mangsa.

Keadaan itu dipercayai mangsa terlalu lapar hingga terpaksa memakan rambutnya sendiri.

Perbicaraan ke atas Luis Eduardo Posso ditangguhkan dan kini ditahan atas pertuduhan antaranya kerana membunuh, kecuaiannya mengakibatkan kematian, melakukan kurungan yang kejam dan jenayah pengurungan hingga menyebabkan kecederaan.

Dia berdepan dengan hukuman penjara atas kesemua pertuduhan itu. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain