suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rempuh pagar keselamatan lapangan terbang, lelaki cuba ceroboh masuk kokpit pesawat

Moreno ditahan selepas didakwa menceroboh masuk pintu keselamatan di lapangan terbang. foto Pinellas County Sheriff's Office

SEORANG lelaki ditahan selepas didakwa memandu kereta dan merempuh pagar keselamatan di sebuah lapangan terbang, serta mencerobok masuk kokpit sebuah pesawat.

Ketika kejadian, suspek dari Florida, Amerika Syarikat memandu kereta curi.

Suspek, Hamilton Moreno, 36 tahun, menghadapi tuduhan selepas didakwa menceroboh pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa St Pete-Clearwater di Pinellas County, Florida.

Jabatan Sherriff County Pinellas berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi Sabtu pagi di mana Moreno memandu kereta di landasan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah polis, Moreno menggunakan kenderaan yang dilaporkan dicuri pada petang itu.

Kakitangan di lapangan terbang mula mengekori Moreno sewaktu kejadian, tetapi dia dapat memandu laju dan merempuh pintu keselamatan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan ketika kejadian.

Moreno berdepan pelbagai pertuduhan, termasuk menceroboh masuk, mencuri, dua tuduhan kesalahan jenayah dan kesalahan lalu lintas. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain