suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita terkejut satu-satunya penumpang dalam pesawat

Foto kiri Nadina Liu merupakan pulang dari Sepanyol ke United Kingdom, foto kanan keadaan pesawat yang tiada penumpang lain. foto Mail Online

SEORANG ibu kepada dua anak terkejut mendapati dia merupakan satu-satunya penumpang yang menaiki pesawat Ryainair dari Sepanyol ke United Kingdom.

Nadina Liu, 28, mendakwa dia dilayan seperti 'diraja' oleh lima kru kabin sewaktu berada di tempat duduk barisan premium dalam pesawat Boeing 787-800, Sabtu lalu.

Pada awalnya, wanita itu tidak tahu dia merupakan satu-satunya penumpang dalam pesawat yang mempunyai 189 tempat duduk itu.

Dia bagaimanapun menyedarinya selepas pesawat tersebut berlepas dari Alicante ke Lapangan Terbang John Lennon di Liverpool.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu, Liu pergi bercuti ke Benidorm bersama dua rakannya selama lima hari.

Dia percaya terdapat penumpang lain yang menempah penerbangan itu, tetapi menangguhkan rancangan tersebut bagi mengelakkan daripada menjalani kuarantin selama 10 hari.

Ia susulan 'Hari Pembebasan England' yang akan melonggarkan sekatan Covid-19 di negara itu. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain