suria

Tayang ‘baby bump’ comel ketika sarat hamil, ramai tak sangka wanita lahirkan sepasang kembar

Keadaan perut Becca yang comel walaupun sedang sarat hamil bayi kembar.

KERAP memuat naik bentuk perutnya (baby bump) yang kecil ketika sarat hamil, seorang ibu menjadi tular di TikTok kerana mendedahkan dirinya melahirkan sepasang bayi kembar.

Becca, ibu kepada lima cahaya mata mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah sarat hamil ketika membuat rakaman dan memuat naik video di aplikasi berkenaan.

Terdahulu, menerusi video yang meraih lebih daripada 320,000 jumlah tontonan, Becca menayang kandungannya yang kecil dari beberapa sudut, sekaligus membuatkan netizen tergamam dengan saiz perutnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kemudian menerusi satu video berasingan, Becca memaklumkan perkembangan terkininya di mana dia baharu sahaja melahirkan sepasang bayi kembar perempuan.

Bayi kembarnya yang dilahirkan lima minggu lebih awal mempunyai berat 2.13 kilogram dan berada dalam keadaan sihat sepenuhnya.

Sejak dimuat naik, video tersebut mendapat ribuan tanda suka dan dalam masa yang sama mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen di ruangan komen. - Mirror.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

baby bump comel, bayi kembar, TikTok

Artikel Lain