suria

Tragis! Terjun terlalu awal gara-gara tersilap dengar isyarat, wanita buat ‘bungee jump’ maut depan mata teman lelaki

Yecenia maut ketika melakukan aktiviti terjunan bungee di sebuah jambatan gara-gara tersalah mendengar isyarat.

MALANG tidak berbau! Seorang wanita maut ketika melakukan terjunan bungee selepas dilaporkan tersalah mendengar isyarat untuk melakukan aktiviti ekstrim berkenaan.

Yecenia Morales, 25, melakukan terjunan dari jambatan setinggi 40 meter di utara Colombia setelah mendengar isyarat 'go' yang sebenarnya ditujukan untuk teman lelakinya.

Ketika itu, tali bungee masih belum dipasangkan pada pergelangan kakinya.

Insiden tragis tersebut sempat dirakam oleh pelancong lain yang berada di tebing berhampiran jambatan, lapor Daily Star.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kira-kira 100 orang pelancong lain sedang menunggu giliran untuk melakukan terjunan bungee dari jambatan tersebut ketika kejadian itu berlaku.

Teman lelaki Yecenia berusaha untuk memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut namun tidak berhasil.

Punca kematian wanita berkenaan dilaporkan kerana serangan jantung ketika melakukan terjunan.

Mangsa meninggal dunia sebelum pasukan perubatan kecemasan tiba. - Mirror.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain