suria

Wanita cacah tatu, abadikan potret mendiang Ratu Elizabeth II di paha... "Baginda adalah Great Britain"

Falon mencacah pahanya dengan tatu potret wajah mendiang Ratu Elizabeth II.

MESKIPUN bukan 'peminat' kerabat diraja, namun seorang wanita berusia 27 tahun sanggup mencacah pahanya dengan tatu potret wajah Ratu Elizabeth II.

Menurut Falon Cooper, tindakannya itu sebagai penghormatan terakhir kepada figura yang dianggap sebagai Great Britain.

"Saya hanya menghormati... baginda pada dasarnya adalah Great Britain," ujarnya ringkas.

Terdahulu, dia sanggup menghabiskan masa selama enam jam bagi mendapatkan karya seni tubuh yang mengagumkan itu selepas kemangkitan mendiang ratu pada pada 8 September.

Tambahnya, idea untuk mendapatkan tatu itu tercetus sejak Jubli Platinum mendiang pada bulan Jun lalu namun akhirnya berjaya dilakukan semasa tempoh perkabungan masa ini.

"Sebelum ini saya masih mencari beberapa pilihan lain yang menggambarkan baginda ratu, tetapi dengan peristiwa bersejarah yang berlaku sekarang... saya teruskan sahaja dengan potret ringkasnya.

"Bagi saya, baginda tidak perlu dicemari dengan tatu kerana dia sangat luar biasa.

"Apa yang dilakukan ini bukan beerti saya peminat keluarga diraja malah saya bukan kerabat, tetapi ia sebagai penghormatan," luahnya.

Dalam pada itu, Falon turut menyatakan bahawa dia membawa keluarganya ke London pada hujung minggu lalu untuk meletakkan beberapa jambang bunga. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain