suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah ganggu sekumpulan monyet, lelaki 'diserang balas' sehingga baju koyak

Seorang lelaki diserang monyet selepas cuba menghalau haiwan itu menggunakan batu.

TINDAKAN seorang lelaki yang cuba menghalau sekumpulan monyet dengan batu berakhir tragedi apabila dia akhirnya diserang balas.

Menerusi rakaman video, lelaki terbabit dilihat mengutip batu dan cuba memukul monyet yang berada di sekitar kawasan penempatan di daerah Hathras di Uttar Pradesh, utara India pada Khamis.

Walaupun kesemua haiwan tersebut berlari selepas diancam, terdapat seekor monyet jantan yang bertindak memanjat bangunan dan cuba membuat serangan terhadap lelaki tersebut.

Malah, haiwan itu berjaya melompat ke atas lelaki terbabit sehingga terjatuh sebelum mengoyakkan baju yang dipakai.

Bagaimanapun, selepas serangan itu, monyet berkenaan berlari mengikut kumpulannya.

Terdahulu, rekod mendedahkan bahawa terdapat banyak insiden keganasan yang berlaku antara monyet dan penduduk setempat.

Pada Jun lalu, bayi berusia sebulan dilaporkan maut akibat kecederaan parah selepas diserang sekumpulan monyet yang 'menculiknya' dari pangkuan keluarga. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain