suria

Gempar 55 bateri ditemui dalam perut wanita, hanya 5 biji berjaya keluar secara ‘semula jadi’

Sebanyak 55 bateri AA dan AAA dikesan dalam badan seorang wanita. foto Irish Medical Journal

SEORANG wanita menggemparkan pihak hospital susulan penemuan berpuluh bateri di dalam perutnya.

Sebanyak 55 bateri ditemui di dalam badan seorang pesakit wanita berusia 66 tahun.

Perkara itu didedahkan oleh pegawai perubatan di Hospital Universiti St. Vincent di Dublin, Ireland.

Penemuan itu dibuat selepas imbasan X-ray mengesan objek asing di dalam badannya.

Live Science melaporkan wanita itu bagaimanapun bernasib baik kerana tidak ada yang menghalang saluran gastroususnya, maka doktor berharap ia akan dilepaskan secara semula jadi.

guard 2

Sebanyak 46 bateri dikeluarkan melalui pembedahan. foto Irish Medical Journal

Menurut laporan dalam Jurnal Perubatan Ireland, wanita itu berjaya mengeluarkan lima bateri AA pada minggu pertama, tetapi selebihnya tersekat.

Wanita itu kemudian mengalami kekejangan otot, dan doktor menyedari perutnya mengalami masalah berikutan berat bateri.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut beritahu isteri, lelaki tanggung derita botol air tersumbat dalam dubur 3 hari

ARTIKEL BERKAITAN: Padah prank melampau, lelaki dikejarkan ke hospital gara-gara rakan masukkan cawan dalam dubur ketika mabuk

Susulan itu, pakar bedah mengeluarkan 46 daripada baki bateri, sekali gus menyaksikan empat biji masih terperangkap dalam saluran ususnya.

Sementara itu, The Huffington Post melaporkan doktor melakukan satu prosedur ke dalam rektum pesakit untuk mengeluarkan bateri dari dubur.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan bateri yang dia termakan kepada adalah 55 bateri AA dan AAA.

Walaupun kejadian itu menimbulkan tanda-tanya, laporan imengingatkan bahawa menelan bateri boleh membahayakan nyawa.

"Kemasukan bateri silinder itu akan mengakibatkan pembedahan kecemasan akut yang tidak boleh dipandang remeh," menurut laporan itu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain