suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 sepupu rela bermadu, sanggup kongsi suami... Rahmadi diangkat sebagai jejaka terlaris di pasaran

Rahmadi dinikahkan dengan dua gadis itu pada Khamis.

KALAU dah jodoh, pasti tak kemana.

Begitulah kisahnya mengenai seorang pemuda dari Indonesia yang selamat dinikahkan dengan dua gadis pilihan hatinya pada Khamis.

Kisah perkahwinan itu meraih perhatian ramai selepas ia tular di media sosial.

Dalam majlis berkenaan, Rahmadi dari Lampung Utara, Sumatra, Indonesia berkahwin dengan Dela Novita Lingga dan Sri Yana.

Lebih menarik, dua gadis berkenaan memiliki pertalian darah yang mana mereka merupakan sepupu.

Difahamkan, semua ahli keluarga turut merestui perkahwinan itu.

Salah seorang jiran, Diki Azhar Pratama berkata, kenduri kahwin yang tular itu berlangsung dari tengah hari hingga petang.

"Semalam acara berlangsung sehingga petang. Ya, mereka (pengantin perempuan) sama-sama bersetuju, walaupun mereka sepupu," katanya ketika dihubungi. - Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain