suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Roller coaster rosak di puncak! Pengunjung terperangkap secara menegak di ketinggian 50m, suhu lebih 37 darjah Celsius

Roller coaster terhenti di puncak atas semasa permainan berlangsung.

PENUNGGAN roller coaster berhadapan situasi cemas apabila mereka terperangkap sekitar 50 meter di ruang udara dalam suhu 37 darjah Celsius selama lebih sejam selepas permainan yang digunakan tiba-tiba tidak berfungsi.

Difahamkan, permainan 'Abismo' di Parque de Atracciones di Madrid, Sepanyol, mengalami masalah teknikal yang menyebabkan sekurang-kurangnya sepuluh pengunjung taman tema terperangkap pada Rabu, 3 Ogos.

Sebelum kejadian berlaku, kesemua mereka sedang menikmati permainan dengan kelajuan lebih daripada 65mph di sepanjang liku.

Bagaimanapun permainan roller coaster berkenaan tiba-tiba berhenti semasa bergerak dalam keadaan menegak di bahagian paling atas, kira-kira jam 9 malam.

Disebabkan perkhidmatan kecemasan tidak dibawa masuk, pengunjung terlibat terpaksa berada dalam keadaan cemas kira-kira satu jam.

Pun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan taman tema terbabit dibuka seperti biasa pada hari berikutnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain