suria

Kemaluan patah gara-gara aksi ganas dengan isteri, warna bertukar ungu... Lelaki 50 tahun terpaksa dibedah

Mangsa mengalami patah kemaluan dan terpaksa dirawat selama lima hari di hospital.

SEORANG lelaki mengalami kecederaan pada bahagian kemaluan selepas dia melakukan aksi seks ganas dengan isterinya.

Lelaki berusia 50 tahun yang tidak mendedahkan identitinya itu mengadu terdengar bunyi aneh ketika sedang berasmara.

Dia kemudiannya menyedari berlaku kegagalan ereksi dan kemaluannya bertukar kepada warna ungu secara tiba-tiba.

Selepas empat jam, dia akhirnya pergi ke hospital dan memaklumkan kepada kakitangan perubatan bahawa alat sulitnya telah bengkak dan bertukar warna.

Menurut doktor, lelaki itu mengalami kesakitan yang "terlampau" dan tidak dapat membuang air kecil.

Doktor percaya zakarnya terhantuk sama ada pada perineum atau tulang kemaluan isterinya semasa pasangan itu bersama.

Menulis dalam International Journal of Surgery Case Reports, doktor berkongsi bagaimana dalam masa dua jam selepas tiba di Hospital Besar Dr Soetomo di Jawa, lelaki itu menjalani pembedahan kecemasan.

Doktor terpaksa mengeluarkan lapisan atas kulit dan daging untuk mengakses tisu yang rosak di bawahnya.

Dikenali sebagai 'degloving', prosedur ini membantu mereka mengetahui bahawa dia telah memecahkan uretra, tisu erektil dan fascia buck, bahagian tisu dalam zakar.

Kecederaan itu menyebabkan mangsa terpaksa menerima rawatan selama lima hari di hospital. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain