suria

Israel catat kes cacar monyet pertama, lelaki baru pulang luar negara jadi punca

Kes penyakit berkaitan cacar sebelum ini hanya dilihat dalam kalangan orang yang mempunyai kaitan dengan Afrika tengah dan Barat. Foto: File/AFP.

PIHAK berkuasa Israel mengesan kes pertama cacar monyet di negara itu melibatkan seorang lelaki yang pulang dari luar negara.

Kementerian Kesihatan Israel berkata, lelaki itu pada Sabtu berada di hospital Tel Aviv dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes meningkat di Eropah, pakar beri amaran penyakit cacar monyet berpotensi disebarkan menerusi hubungan seks

Malah, mereka turut menyeru sesiapa yang pulang dari luar negara dan mengalami demam serta luka untuk berjumpa doktor.

Sharon Alroy-Preis, ketua perkhidmatan kesihatan awam di kementerian itu, memberitahu Radio Tentera Israel pada Ahad bahawa pasukan perubatan sedang menyiasat kes lain yang disyaki cacar monyet.

Kes Israel nampaknya menjadi yang pertama dikenal pasti di Timur Tengah.

Kes penyakit berkaitan cacar sebelum ini hanya dilihat dalam kalangan orang yang mempunyai kaitan dengan Afrika tengah dan Barat.

Tetapi Britain, Sepanyol, Portugal, Itali, Amerika Syarikat (AS), Sweden dan Kanada semuanya melaporkan jangkitan, kebanyakannya pada lelaki muda yang tidak pernah pergi ke Afrika sebelum ini.

Perancis, Jerman, Belgium dan Australia juga telah mengenal pasti kes cacar monyet. - India Today.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain