suria

Meriah dengan 80,000 pengunjung, pesta gay di Gran Canaria dikaitkan dengan penularan cacar monyet

Festival itu dihadiri 80,000 pengunjung.

FESTIVAL gay di Gran Canaria yang dihadiri 80,00 individu dari Britain dan Eropah sedang disiasat selepas dikaitkan dengan penularan kes cacar monyet (monkeypox) di Madrid, Itali dan Tenerife.

Apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan pengunjung diuji positif virus itu selepas mereka menghadiri acara berkenaan yang diadadakan pada 5 hingga 15 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes meningkat di Eropah, pakar beri amaran penyakit cacar monyet berpotensi disebarkan menerusi hubungan seks

"Lebih kurang 30 orang yang didiagnos di Madrid, terdapat beberapa orang yang menghadiri acara itu, walaupun masih belum dapat diketahui sama ada mereka dijangkiti di sana atau sebaliknya," kata sumber kesihatan kepada akhbar Sepanyol El Pais.

Selain itu, pihak berkuasa Sepanyol juga sedang menyiasat kes-kes cacar monyet yang dikaitkan dengan sauna di negara itu yang sering dikunjungi oleh golongan gay.

Dalam pada itu, seorang doktor terkemuka Britain telah meramalkan 'peningkatan ketara' dalam kes cacar monyet di United Kingdom (UK) dalam beberapa minggu akan datang.

Dr Claire Dewsnap, presiden Persatuan Kesihatan Seksual dan HIV Britain turut mengakui bimbang tentang kadar penyebaran virus itu.

"Apa yang paling membimbangkan saya ialah terdapat jangkitan di seluruh Eropah, jadi ini telah merebak.

"Ia sudah beredar dalam populasi umum. Ia boleh menjadi angka yang sangat ketara dalam tempoh dua atau tiga minggu akan datang," ujarnya.

Dia juga memberi amaran bahawa virus itu boleh memberi 'impak besar' terhadap akses kepada perkhidmatan kesihatan seksual di Britain. - Daily Mail.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain