suria

Budak lahir dengan 2 zakar, jalani pembedahan buang kemaluan lebih besar

Seorang budak menjalani pembedahan bagi membuang salah satu daripada dua zakarnya. -gambar hiasan

SEORANG budak lelaki yang dilahirkan mempunyai dua zakar perlu menjalani pembedahan dengan membuang satu kemaluan yang lebih besar.

Keadaan itu dinamakan diphallia, di mana hanya satu daripada setiap lima hingga enam juta bayi lelaki dilahirkan dengan zakar tambahan,

Dalam kes yang jarang-jarang berlaku, budak lelaki dari Brazil itu mempunyai diphallia 'lengkap'.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer dedah hasrat jalani pembedahan untuk kecilkan saiz zakar

Doktor di Sao Paulo, yang mendokumentasikan kes itu menerusi Journal of Pediatric Urology berkata, hanya 100 lelaki dengan diphallia yang didokumenkan dalam kesusasteraan perubatan.

Pesakit berusia dua tahun ketika menjalani pembedahan dan doktor pada mulanya merancang untuk menyelamatkan zakar kirinya yang lebih besar.

Walaupun perbezaan saiz, kedua-duanya kelihatan hampir sama dan berfungsi.

Ibu kepada budak lelaki itu mengesahkan bahawa kedua-duanya juga berupaya untuk ereksi.

Bagaimanapun, doktor kemudiannya mendapati dia hanya boleh membuang air kecil dari zakar kanan yang lebih kecil.

Manakala uretra bagi zakar yang lebih besar terlalu sempit.

Sehubungan itu, pakar bedah terpaksa membuang kemaluan yang lebih besar, dengan keputusan yang dibuat berdasarkan 'fungsi dan bukan pada saiz'. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain