suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pura-pura datang solat di masjid, lelaki kantoi pecah tabung derma

Barang-barang bukti dan duit tabung derma yang ditemui polis. foto KOMPAS.COM/Imron Hakiki

SEORANG lelaki tergamak berpura-pura menunaikan solat di masjid, semata-mata untuk mencuri wang tabung derma.

Kejadian berlaku di Masjid Darul Muhlisin di Pakis di Jawa Timur, Indonesia, pada Khamis.

Ketika itu, suspek berpura-pura menunaikan solat Dhuha di masjid.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja curi tabung masjid: Hukuman penjara, denda digantikan dengan khidmat masyarakat

Ketua Polis Sektor Pakis, AKP Mohammad Lutfi berkata, lelaki dari Jember itu mencuri wang dengan mencungkil tabung derma menggunakan besi.

"Awalnya dia berpura-pura solat Dhuha. Selepas sunyi dari pandangan orang ramai, dia bertindak memecahkan tabung derma," kata Lutfi pada Khamis.

Tindakan pelaku disedari seorang penduduk yang mendapati keadaan tabung derma rosak, dan kesemua wang telah dilarikan.

Penduduk bernama Wahyudi dan rakan-rakannya segera menjejaki suspek di kawasan sekitar surau.

Mereka kemudian melihat suspek berlari ke halaman belakang sebuah rumah pendududk.

"Polis akhirnya berjaya menahan pelaku, bersama bukti berupa wang dalam beg plastik, penyepit besi, dan pita pelekat,” jelas Lutfi sambil menambah suspek ditahan untuk siasatan. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain