suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Order makanan 15 minit sebelum dapur tutup, pelanggan dakwa dicaci pekerja restoran

Kata Soe, pekerja tersebut turut memberikan tempoh masa agar dia menghabiskan makanannya secepat mungkin.

KUNJUNGAN yang tidak dialu-alukan.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang pelanggan wanita apabila dia mendakwa menjadi mangsa hinaan pekerja sebuah restoran.

Memetik laporan Asiaone, Soe Myat Myo Shwe berkunjung ke sebuah restoran di Pasir Ris, Singapura, baru-baru ini kerana sedang kelaparan.

Tanpa disangka-sangka, dia dicaci oleh seorang pekerja kerana membuat pesanan 15 minit sebelum restoran itu ditutup.

Menurut Soe, pekerja tersebut turut memberikan tempoh masa agar dia menghabiskan makanannya secepat mungkin, sebelum jam 9.20 malam.

Jelas pekerja itu lagi, dia mahu Soe menghabiskan makanannya dengan cepat kerana mereka perlu membersihkan premis berkenaan.

Tambah Soe, dia turut ditunjukkan papan tanda waktu operasi secara kasar oleh pekerja tersebut.

Kisah wanita itu menjadi viral selepas dikongsi di kumpulan Facebook Complaint Singapore Group.

Selain Soe, segelintir netizen turut berkongsi pengalaman yang mereka lalui di restoran tersebut sebelum ini.

Akhirnya, pihak restoran tampil membuat penjelasan, mengatakan pelaku bukanlah pekerja tetap mereka. - Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain