suria

Tragis! 20 rentung dalam nahas babitkan bas, kereta di Nigeria

Keadaan bas yang terbakar dalam nahas di Bauchi, Nigeria pada Selasa. Foto: Nigeria News

POLIS Keselamatan Jalan Raya Persekutuan (FRSC) di Bauchi, Nigeria mengesahkan seramai 20 penumpang rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti dalam nahas membabitkan sebuah bas dan kereta pada Selasa.

Komander FRSC, Yusuf Abdullahi yang mengesahkan kejadian itu berkata, seorang lagi penumpang mengalami kecederaan.

Menurutnya, kemalangan yang melibatkan sebuah bas komersial dan sebuah kereta itu berlaku di Kampung Huturu di Jalan Bauchi-Kano, berhampiran Ganjuwa.

Dia mengaitkan punca nahas itu ekoran pemanduan berbahaya dan pelanggaran had laju.

"21 orang terlibat dalam nahas itu terdiri daripada 12 lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

"Daripada jumlah itu, 20 maut manakala seorang lelaki dewasa masih menerima rawatan," katanya. - Peoplegazette

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain