suria

Ngeri! Bangkai helikopter Rusia ditembak jatuh didedah, mayat kru dimakan haiwan liar

Tinjauan di lokasi nahas menemui dua mayat.

SATU rakaman menunjukkan beberapa mayat tentera Rusia dimakan haiwan selepas helikopter dinaiki mereka terhempas.

Video itu menunjukkan sebuah helikopter Mil Mi-8AMTSh milik Tentera Udara Rusia, musnah sepenuhnya,

ARTIKEL BERKAITAN: Askar Ukraine 'bedah' dron pengintip milik Rusia yang terhempas, isi dalamnya sangat mengejutkan!

Ia ditembak jatuh oleh tentera Ukraine di Makariv, berhampiran Kyiv, pada 4 Mac lalu.

Bagaimanapun, rakaman tersebut baru kini disebarkan.

Mil Mi-8 merupakan helikopter turbin berkembar sederhana, pada asalnya direka oleh Kesatuan Soviet, dan kini dihasilkan oleh Rusia.

Helikopter itu juga digunakan sebagai pos arahan udara, kapal tempur bersenjata dan platform peninjauan.

helikopter terhempas

Bangkai helikopter tentera Rusia Mi-8 berhampiran Makariv, Kyiv. foto Maxym Marusenko/NurPhoto/REX/Shutterstock

Dalam klip itu, pesawat tersebut kelihatan musnah teruk, tetapi nombornya masih boleh dibezakan pada bahagian ekor.

Seorang tentera Ukraine yang meninjau tempat kejadian, mendapati dua mayat dalam keadaan teruk akibat helikopter terhempas dan hangus terbakar.

Seorang pengguna Reddit di Ukraine berkongsi video itu dan menulis: "Video tapak nahas dan kru yang maut kelihatan seperti (mereka) dimakan haiwan."

Salah seorang pengguna memberi komen, dengan berkata: "Hakikat bahawa Rusia membiarkan askar dan tentera udara mereka dimakan oleh hidupan liar seperti ini cukup banyak merumuskan tahap mereka beroperasi, dan memberi saya alasan yang bagus untuk percaya bahawa mereka akan kalah, dan kalah teruk." - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain