suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis 19 tahun tak pernah potong rambut sejak lahir, ambil masa 5 jam untuk sikat... Digelar Rapunzel tempatan

Yan berkata dia memerlukan tiga hingga lima jam untuk menyikat rambutnya setiap hari.

SEORANG gadis berusia 19 tahun yang tidak pernah memotong rambutnya sejak lahir mula menjadi perhatian netizen.

Selepas video miliknya tular, gadis yang dikenali sebagai Yan itu turut diberi gelaran Rapunzel tempatan.

Bercerita lanjut, Yan berkata dia memerlukan tiga hingga lima jam untuk menyikat rambutnya setiap hari.

Disebabkan kepanjangan rambut yang kini menyamai ketinggian tubuhnya, dia terpaksa memohon bantuan ibunya untuk proses dandanan.

Dedah Yan, ibunya juga akan berzikir bagi memudahkan proses dandanan rambutnya.

"Selalunya kalau mak sikat rambut saya, mak saya akan berzikir ya kawan-kawan. Saya tak tahu kenapa kalau mak saya sikat sambil zikir, nampak macam senang je nak sikat rambut," ujarnya.

Menurut Yan lagi, dia teringin untuk berambut pendek, namun terpaksa mengekalkan gaya itu atas permintaan ibunya. - Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain