suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penemuan ganjil di perairan Jepun, pengunjung terkejut lihat sotong gergasi masih hidup

Ia ditemui terdampar dan masih hidup Pantai Ugu, pada pukul 10 pagi Rabu lalu.

PENEMUAN seekor sotong gergasi sepanjang 3.4 meter mengejutkan orang ramai yang berkunjung ke sebuah pantai di perairan Jepun.

Makhluk raksasa itu ditemui terdampar dan masih hidup Pantai Ugu, pada pukul 10 pagi Rabu lalu, lapor akhbar Jepun Mainichi.

"Ia adalah luar biasa untuk sotong gergasi dihanyutkan ke darat hidup-hidup," kata seorang pegawai kepada akhbar itu.

Akuarium Echizen Matsushima di bandar wilayah Sakai akan menjadi rumah baharu haiwan tersebut.

Untuk rekod, ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya.

Pada tahun 2020, pengunjung pantai di Afrika Selatan turut menemui sotong gergasi yang aneh apabila ia dihanyutkan ke atas pasir.

Sotong gergasi boleh membesar sehingga 13 meter panjang dan saiz yang menakutkan itu telah memberi inspirasi kepada kepercayaan tentang kewujudan kraken iaitu mitos raksasa laut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain